Author : nadiah Time : 11/16/2011 10:55:00 PM Comments : 0 Labels :

16 November 2011

SABAH paling ramai anak LUAR NIKAH??





Anak adalah anugerah Allah SWT, tempat kita meneruskan cita-cita dan garis keturunan.
Anak juga merupakan amanah, titipan harta yang paling berharga yang harus dijaga, dirawat dan dididik agar menjadi penyejuk hati.
:
:
:
Seramai 152,182 anak luar nikah atau anak tak sah taraf direkodkan antara tahun 2008 dan 2010, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie.
 
Katanya, statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan Sabah mencatatkan kelahiran anak tak sah taraf tertinggi iaitu 41,490 orang, diikuti Selangor (18,983), Sarawak (17,570), Johor (16,298) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (12,095). 
 
Beliau berkata, berdasarkan kerja kes yang dijalankan pegawai kebajikan masyarakat, antara punca yang menyumbang kepada kelahiran anak luar nikah termasuk pengaruh rakan sebaya, rela melakukan hubungan seks tanpa paksaan dan tidak mempunyai pengetahuan berhubung kesihatan reproduktif dan seksual.

“Punca lain adalah kurangnya perhatian ibu bapa, menonton video dan laman web lucah, kurang didikan agama, perasaan ingin mencuba dan diperkosa saudara sendiri,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Mohd Jidin Shafee (BN-Setiu) yang bertanya mengenai jumlah anak luar nikah yang direkodkan antara 2008 dan 2010 mengikut pecahan negeri, punca dan inisiatif kementerian untuk membendung gejala itu.

Seai Kie berkata, antara langkah diambil kementerian bagi membendung gejala itu:
 
  1. Menggubal Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) Kebangsaan pada 2009.
  2. Melancarkan kempen Kami Prihatin pada April 2010.
  3. Menjalin kerjasama strategik dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara bagi mengintegrasi PKRS bermula Julai lalu.
  4. Menubuhkan enam pusat remaja kafe@TEEN yang memberi maklumat berkaitan isu psikososial dan perkhidmatan Talian Nur 15999.

“Langkah ini diharap dapat membendung dan mengurangkan bilangan kes anak tak sah taraf, namun pembabitan dan komitmen semua pihak terutama ibu bapa dalam menangani isu ini amat diharapkan,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Mohd Jidin mengenai tindakan terhadap pesalah sehingga melahirkan anak luar nikah, Seai Kie berkata, pasangan beragama Islam boleh didenda tidak lebih RM5,000 dan penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah Persekutuan 1967, sementara tiada tindakan bagi pasangan bukan Islam.
“Bagi ibu yang melahirkan anak luar nikah di bawah 16 tahun (yang melakukan hubungan seksual) sama ada secara sukarela atau paksaan, mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dianggap sebagai jenayah rogol dan jika lelaki yang melakukan jenayah itu melebihi 18 tahun, dia boleh disabitkan hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun serta sebatan,” katanya.

:
:
:






sekian....





No comments:

Post a Comment