Author : nadiah Time : 11/24/2011 02:54:00 AM Comments : 0 Labels :

24 November 2011

HILANG FOKUS & KELETIHAN PUNCA KALAH : kata ONG KIM SWEE




Hilang fokus dan keletihan pada separuh masa
kedua menjadi punca kekalahan 0-2 skuad 
OLIMPIK negara kepada SYRIA pada perlawanan
kedua pusingan ketiga
kumpulan C di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ketua jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee berkata
kelalaian benteng pertahanan pada separuh
masa kedua juga antara punca kekalahan dan membuka
peluang kepada SYRIA untuk menjaringkan gol kedua.

"Benteng pertahanan kita hilang konsentrasi pada separuh masa kedua
permainan".
"Tambahan pula, mereka keletihan kerana baru sahaja tiba di tanah air 
dan saya hanya sempat melatih mereka selama dua jam
sahaja." katanya pada sidang akhbar 
selepas tamat perlawanan.

Ong Kim Swee berkata beliau tidak mempunyai
banyak pilihan pemain untuk diturunkan
pada perlawanan itu, ekoran beberapa masalah 
yang menimpa pemainnya.




"Mohd Fadhli Mohd Shas demam panas dan tidak boleh
beraksi menakala, 


Mohd Irfan Fazail mengalami kecederaan. Kedua-dua
mereka dijangka pulih dalam masa dua atau tiga hari ini
untuk diturunkan pada perlawanan menentang BAHRAIN Ahad ini." katanya.

Mengenai persediaan menentang BAHRAIN di stadium sama,
jurulatih berusia 40 tahun itu berkata beliau akan
menurunkan beberapa pemain yang tidak dapat beraksi 
pada Rabu malam.
"Saya mungkin akan menurunkan kesebelasan utama seperti
MOHD FADHLI MOHD SHAS,
MOHD IRFAN FAZAIL serta
SYAHRUL AZWARI IBRAHIM
(di belakang JEPUN)." katanya.

Beliau turut melahirkan rasa terharu
dengan sokongan padu peminat bola sepak tempatan
pada perlawanan itu.

Sementara itu, jurulatih SYRIA
Immad Eddin Khankan
berkata, beliau kagum dengan corak permainan
WAN ZACK HAIKAL WAN NOOR.

 
"dia berupaya menkucar-kacirkan barisan pertahanan tetapi kami 
berjaya mengawalnya sepanjang permainan." katanya.



sekian....

No comments:

Post a Comment