Author : nadiah Time : 11/24/2011 01:54:00 AM Comments : 0 Labels :

24 November 2011

Malaysia TUMPAS 0-2 kepada SYRIA!






Skuad OLIMPIK negara gagal bangkit semula setelah tumpas
2-0 kepada SYRIA
pada perlawanan kedua pusingan ketiga
kumpulan C kelayakan OLIMPIK 2012
yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Sebelum ini, pada perlawanan pertama pusingan ketiga,
Malaysia tumpas 0-2 
kepada JEPUN di
Stadium Tosu, Fukuoka.

Perlawanan ini disaksikan
20,000 penyokong dan
berlangsung secara sengit apabila kedua-dua pasukan
berbalas serangan.
Skuad bwh 23 tahun bimbingan
Ong Kim Swee bermula garang apabila
Ahmad Fakri Saarani
melakukan cubaan seawal minit kedua
namun melepasi gawang gol.








Gandingan Ahmad Fakri dan
Wan Zack Haikal Wan Noor 
telah mengkucar-kacirkan benteng pertahanan
skuad Helang Merah (SYRIA).

Pada hujung babak pertama,Wan Zack Haikal
hampir memberi gol
pendahuluan kepada skuad OLIMPIK negara
menerusi tandukan hasil
sepakan percuma oleh Mohamad Fandi Othman,
namun cubaannya tersasar.

Selepas rehat skuad Helang Merah 
memecah kebuntuan pada minit ke-50
menerusi pemain tengah
Solaiman Solaiman
menumpaskan penjaga gawang negara,
Khairul Fahmi Che Mat.
Tersentak dgn jaringan tersebut, Skuad HARIMAU MUDA
kembali menyusun jentera serang bagi mencari
gol penyamaan.




Khairul Fahmi Che Mat menjadi wira
apabila berjaya menyelamatkan
beberapa cubaan
berbahaya yang dilakukan jentera serangan SYRIA.

SYRIA memperkukuhkan lagi kedudukan menerusi
jaringan kedua yang disempurnakan oleh
Nassaouh Nakkdahli pada minit ke-88

AHAD ini, skuad HARIMAU MUDA
akan bertemu Bahrain
yang sebelum ini kalah kepada
Jepun 0-2 di Stadium Al-Riffa, Bahrain pada Selasa lalu.






sekian....

No comments:

Post a Comment