Author : nadiah Time : 12/17/2011 09:14:00 AM Comments : 0 Labels :

17 December 2011

POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN




Hy,hy..ASSALAMUALAIKUM
suda lama miss ta sentuh blog miss ni
miss bz msok POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN
pada 11 DIS 2011 miss pergi mndftar KAMSIS
kebetulan pulak time2 kiteowg
msok mndftar POLITEKNIK ni
bertukar nama..
so,mnymbut sekali laa perasmian POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN..",
sgt2 bertuah..


yg bru shaja bertukar
nma..(PIS)
hehe



chumil kan3,.by the way
POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN
bru jer dibuat perasmian 
penat jgk laa berdiri lame2 mnyambut kdtgan 
sultan johor..
alhamdulillah,,nseb bek tade yg pengsan
cuaca pon kjap panas n mendung..hehe..
semoga POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN
terus gemilang n cemerlang di dunia
...



sekian....
Author : nadiah Time : 12/07/2011 11:21:00 PM Comments : 0 Labels :

07 December 2011

10 DISEMBER daftar bantuan RM500!

BAJET 2012

Pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai 10 Disember ini untuk tempoh satu bulan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Sehubungan itu, beliau berkata, pembayaran Bantuan RM500 hanya akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari tahun depan.

Menurutnya, borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), serta agensi-agensi Kerajaan.

''Borang yang lengkap diisi beserta salinan kad pengenalan, hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDN,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ahmad Husni, bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini.
"Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion," katanya.
Pada pembentangan Bajet 2012 Oktober lepas, kerajaan mengumumkan pemberian bantuan tunai sekali, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.
"Bantuan ini adalah tanda keprihatinan kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat," kata Ahmad Husni.

Isi rumah yang layak memohon, merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga.
Ia merangkumi individu berkahwin, termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa; ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan warga emas sebatang kara.
Ketua isi rumah yang bekerja sendiri juga layak untuk memohon.

:
:


:
:

akses menu PERKHIDMATAN ELEKTRONIK -> e-Daftar

:
:

isi maklumat di dlm borang e-Daftar dan HANTAR




sekian....
Author : nadiah Time : 12/01/2011 02:37:00 PM Comments : 0 Labels :

01 December 2011

FINALLY!! i got it.!

ASSALAMUALAIKUM semua..
hari ini,miss universe
penat teman ibunda miss
g klinik bukit liki,kulai..
rmainyer laa yg sakit ORANG KAYA kan...
Darah TGGI,Kencing MANIS,
..
..
hari ni jgk,miss g tgkp gmbar..
saiz pasport..


aunty kedai KODAK tuh kate
MISS UNIVERSE
cantik!
aunty..u slah olang laaa..
miss ta cntik pon..
pandai ea aunty puji2
ooO,nk miss take pic byk2 la tuh..kn3..
hehehehe

..
..
..

ok back to the story,
miss tgh sibok2 kt ats
ngah on9 FB..
tbe2,ibunda miss terjerit2 kt bwah
pggil miss
!!
!!

"ANGAH(miss universe)!!!!! trun cpat..
urusan paduka baginda da smpai da nieyh!"


pekebende la ibu aq nie,..
laaaa!bru la miss teringat..
kad SSPN yg miss
tggu2 suda smpai rupenyer!
hepy ta terkate,..
haha
 nah tgok nie

THIS IS MY CARD =)


alhamdulillah..
bersyukor da siap,..t boleyh la miss
fotostat kad nie,
tok permohonan PTPTN
mse dftr polijb t..
:
:
:

SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN..
<3
Author : nadiah Time : 11/28/2011 01:31:00 AM Comments : 0 Labels :

28 November 2011

kekalahan skuad harimau muda dengan BAHRAIN beri pengajaran..



Pengedali skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee jelas kecewa selepas menyaksikan anak-anak buahnya kecundang pada 10 minit terakhir Kelayakan Olimpik Zon Asia kepada Bahrain.

Tiga gol dilepaskan itu membolehkan pelawat yang beraksi dengan 10 pemain memenangi perlawanan dengan keputusan 3-2 walaupun mendahului dua jaringan pada awalnya. 

“Saya tidak tahu bagaimana mahu cakap. Lima minit, semuanya berubah. Saya terpaksa menerima hakikat skuad ini tidak mempunyai ramai pemain tengah,” katanya. 



Tambahnya, barisan pemain muda negara kehilangan kawalan selepas penjaring gol pertama, Mohamad Nazmi Faiz Mansor dan rakannya di jentera tengah, Mohd Affize Faisal Mamat dikeluarkan kerana kecederaan.


“Lawan bergerak dengan selesa selepas ketiadaan mereka (bermula minit ke-60), kita hilang kawalan pada bahagian tengah. Manakala Irfan Fazail terpaksa menamatkan perlawanan walaupun mengalami kecederaan (sudah melakukan tiga pertukaran),” katanya.

:
:

apa yg MISS UNIVERSE nk simpulkan drpd artikel td tuu,.
semua tu djadikan pengajaran..
mungkin bukan rezeki kita MALAYSIA
untuk bertanding di OLIMPIK,
rezeki BAHRAIN
lebih banyak drpd kita..
DOA rakyat MALAYSIA
SENTIASA ADA buat barisan skuad
HARIMAU MUDA
kita untuk terus maju dan berusaha lebeyh di 
masa akan datang,,,

terima kasih nazmi faiz kerana 
menaikkan semangat pemain malaysia...




MALAYSIA BOLEYH!!




sekian....
Author : nadiah Time : 11/24/2011 02:54:00 AM Comments : 0 Labels :

24 November 2011

HILANG FOKUS & KELETIHAN PUNCA KALAH : kata ONG KIM SWEE




Hilang fokus dan keletihan pada separuh masa
kedua menjadi punca kekalahan 0-2 skuad 
OLIMPIK negara kepada SYRIA pada perlawanan
kedua pusingan ketiga
kumpulan C di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ketua jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee berkata
kelalaian benteng pertahanan pada separuh
masa kedua juga antara punca kekalahan dan membuka
peluang kepada SYRIA untuk menjaringkan gol kedua.

"Benteng pertahanan kita hilang konsentrasi pada separuh masa kedua
permainan".
"Tambahan pula, mereka keletihan kerana baru sahaja tiba di tanah air 
dan saya hanya sempat melatih mereka selama dua jam
sahaja." katanya pada sidang akhbar 
selepas tamat perlawanan.

Ong Kim Swee berkata beliau tidak mempunyai
banyak pilihan pemain untuk diturunkan
pada perlawanan itu, ekoran beberapa masalah 
yang menimpa pemainnya.




"Mohd Fadhli Mohd Shas demam panas dan tidak boleh
beraksi menakala, 


Mohd Irfan Fazail mengalami kecederaan. Kedua-dua
mereka dijangka pulih dalam masa dua atau tiga hari ini
untuk diturunkan pada perlawanan menentang BAHRAIN Ahad ini." katanya.

Mengenai persediaan menentang BAHRAIN di stadium sama,
jurulatih berusia 40 tahun itu berkata beliau akan
menurunkan beberapa pemain yang tidak dapat beraksi 
pada Rabu malam.
"Saya mungkin akan menurunkan kesebelasan utama seperti
MOHD FADHLI MOHD SHAS,
MOHD IRFAN FAZAIL serta
SYAHRUL AZWARI IBRAHIM
(di belakang JEPUN)." katanya.

Beliau turut melahirkan rasa terharu
dengan sokongan padu peminat bola sepak tempatan
pada perlawanan itu.

Sementara itu, jurulatih SYRIA
Immad Eddin Khankan
berkata, beliau kagum dengan corak permainan
WAN ZACK HAIKAL WAN NOOR.

 
"dia berupaya menkucar-kacirkan barisan pertahanan tetapi kami 
berjaya mengawalnya sepanjang permainan." katanya.



sekian....

Malaysia TUMPAS 0-2 kepada SYRIA!






Skuad OLIMPIK negara gagal bangkit semula setelah tumpas
2-0 kepada SYRIA
pada perlawanan kedua pusingan ketiga
kumpulan C kelayakan OLIMPIK 2012
yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Sebelum ini, pada perlawanan pertama pusingan ketiga,
Malaysia tumpas 0-2 
kepada JEPUN di
Stadium Tosu, Fukuoka.

Perlawanan ini disaksikan
20,000 penyokong dan
berlangsung secara sengit apabila kedua-dua pasukan
berbalas serangan.
Skuad bwh 23 tahun bimbingan
Ong Kim Swee bermula garang apabila
Ahmad Fakri Saarani
melakukan cubaan seawal minit kedua
namun melepasi gawang gol.








Gandingan Ahmad Fakri dan
Wan Zack Haikal Wan Noor 
telah mengkucar-kacirkan benteng pertahanan
skuad Helang Merah (SYRIA).

Pada hujung babak pertama,Wan Zack Haikal
hampir memberi gol
pendahuluan kepada skuad OLIMPIK negara
menerusi tandukan hasil
sepakan percuma oleh Mohamad Fandi Othman,
namun cubaannya tersasar.

Selepas rehat skuad Helang Merah 
memecah kebuntuan pada minit ke-50
menerusi pemain tengah
Solaiman Solaiman
menumpaskan penjaga gawang negara,
Khairul Fahmi Che Mat.
Tersentak dgn jaringan tersebut, Skuad HARIMAU MUDA
kembali menyusun jentera serang bagi mencari
gol penyamaan.




Khairul Fahmi Che Mat menjadi wira
apabila berjaya menyelamatkan
beberapa cubaan
berbahaya yang dilakukan jentera serangan SYRIA.

SYRIA memperkukuhkan lagi kedudukan menerusi
jaringan kedua yang disempurnakan oleh
Nassaouh Nakkdahli pada minit ke-88

AHAD ini, skuad HARIMAU MUDA
akan bertemu Bahrain
yang sebelum ini kalah kepada
Jepun 0-2 di Stadium Al-Riffa, Bahrain pada Selasa lalu.






sekian....

RM30,000 sebagai GANJARAN !


PELUH pun belum kering, ganjaran RM30,000 telah menanti setiap pemain dan pegawai pasukan bawah 23 tahun (B-23) negara sebaik mempertahankan pingat emas Sukan SEA 2011.




Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, presiden, Sultan Ahmad Shah berkenan mengurniakan wang ganjaran itu bagi mengenang jasa kesemua pegawai dan pemain yang bertungkus-lumus menewaskan Indonesia menerusi sepakan penalti 4-3 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam aksi sebenar permainan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Menurutnya, baginda bertitah, kemenangan kali ini juga begitu istimewa lantaran menang dalam dua perlawanan menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno.

“Ia merupakan kurniaan peribadi baginda yang berkenan memberikan ganjaran RM30,000 setiap seorang kepada semua pemain termasuk pegawai.

“Pada masa sama, FAM juga akan memberikan ganjaran kepada kesemua pemain tidak kira yang beraksi ataupun tidak pada masa terdekat ekoran kejayaan mereka,” katanya.

Hamidin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM sebelum itu mempengerusikan mesyuarat berhubung Liga Malaysia (Liga-M) 2012 di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Turut hadir Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Afandi Hamzah.

Hamidin memberitahu, skuad bimbingan Ong Kim Swee juga akan berlepas ke Sydney, Australia selama dua minggu pada pertengahan Disember depan bagi diuji sekurang-kurangnya tiga kelab terkemuka di sana.




 sekian....
Author : nadiah Time : 11/23/2011 11:56:00 PM Comments : 0 Labels :

23 November 2011

FAM kesal penyokong bersikap GANAS


Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedih apabila dua peminat bola sepak Indonesia maut selepas berasak-asak bagi mengikuti perlawanan akhir pertembungan antara Malaysia dan Indonesia bagi merebut emas, di Stadium Gelora Bung Karno.
 
 
 
 
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad, berkata pihaknya sedih atas kejadian itu dan kesal dengan tindakan segelintir penyokong yang bertindak ganas sekali gus mencemarkan sukan berkenaan.

Polis Indonesia berkata, dua penyokong bola sepak Indonesia maut selepas berasak-asak bagi mengikuti perlawanan akhir itu manakala sebahagian lagi penyokong dikejarkan ke hospital termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang terjatuh dan dilaporkan dalam keadaan koma.
 
 
 
 
sekian....
Author : nadiah Time : 11/22/2011 11:19:00 AM Comments : 0 Labels :

22 November 2011

EMAS milik HARIMAU MUDA akhirnya !



sememangnye EMAS milik MALAYSIA!



tidak patah semangat meskipon diejek, dan sorakan drpd penonton
GARUDA yg bergema tidak mematahkan 
semangat HARIMAU MUDA ini..


Skuad bawah 23 tahun (B23) Malaysia bangkit daripada ketinggalan seawal minit kelima untuk membenam Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 pada perlawanan akhir acara bola sepak Sukan Sea 2011 yang panas dan mendebarkan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam tadi.

Sorakan dan provokasi yang dilaungkan lebih 100,000 penyokong fanatik skuad Garuda di stadium itu tidak sedikit pun melemahkan semangat anak buah jurulatih Ong Kim Swee, Kapten pasukan Malaysia.

Badrol Bakthiar menjadi wira Harimau Muda selepas menjaringkan sepakan penalti terakhir dalam perlawanan tersebut yang meremukkan hati berjuta-juta rakyat Indonesia.


 ><hanya sementara shje kegembiraan Gunawan Dwi Cahyo><


Meskipun ketinggalan seawal minit kelima menerusi tandukan pemain pertahanan Indonesia, Gunawan Dwi Cahyo, skuad Malaysia tidak berputus asa untuk memburu kemenangan.

Gol penyamaan Malaysia diperoleh pada minit ke-33 selepas pemain pertahanan Mohd Asraruddin Putra Omar bijak menanduk masuk hantaran Baddrol Bakhtiar.


>< tidak bertahan lama kegembiraan mereka ><


Bagaimanapun, kedudukan tersebut kekal sehingga 90 minit permainan sebenar, sekali gus memaksa pertemuan yang mendebarkan itu berlanjutan sehingga masa tamabahan.

Kejayaan manis di Jakarta malam tadi mengulangi pencapaian cemerlang skuad senior bimbingan Datuk K. Rajagobal yang menamatkan penantian selama 20 tahun ketika Malaysia menewaskan Vietnam 1-0 pada final acara bola sepak Sukan Sea 2009 di Vientiane, Laos.









VS


SANG GARUDA yg tewas dibaham SANG HARIMAU
yg gagah perkasa!


:
:
:

MALAYSIA BOLEH!!!

 

                           
Author : nadiah Time : 11/19/2011 11:21:00 PM Comments : 0 Labels :

19 November 2011

Malaysia layak ke FINAL!!


VS




MALAYSIA  1 -   0  MYANMAR


Malaysia melangkah ke final SEA Games 2011 setelah mengalahkan Myanmar 1-0 di Stadium Utama Gelora Bung Karno Jakarta, Sabtu (19/11/2011). 



Kemenangan ditentukan oleh gol Ahmad Fakri Saarani pada minit ke-84. Menanti Malaysia di final adalah Vietnam atau Indonesia.
 
Bertemu Myanmar, jurulatih Malaysia Ong Kim Swee menempatkan memasukkan penyerang  Syahrul Azwari Ibrahim, Ahmad Fakri Saarani dan Mohd Irfan Fazail.

Sementara penjaga gol tetap diturunkan Khairul Fahmi Che Mat . Sementara itu, jurulatih Myanmar Stefan Hasson menurunkan dou striker Min Min Thu dan Kyaw Ko Ko.




:
:
MALAYSIA akan menentang INDONESIA
pada FINAL BOLA SEPAK
SUKAN SEA ke 26...


perlawanan indonesia dan vietnam 
tadi nyata berpihak
 kepada INDONESIA
apabila keputusan perlawanan BOLA SEPAK 
indonesia VS vietnam 
sukan sea 2011 ini berakhir dengan
INDONESIA 2 - 0 VIETNAM





VS


pada 21 NOV 2011
8.30 malam
SIARAN LANGSUNG
di TV3

:
:

sama-sama la kita mendoakan 
kejayaan pasukan BOLA SEPAK
tanah air NEGARA kita..
INSYAALLAH
EMAS menjadi milik kita..



sekian....

Author : nadiah Time : 11/18/2011 11:38:00 PM Comments : 0 Labels :

18 November 2011

Harimau BAHAM Garuda



 ngauuummm!!




 BANGKIT LAH WAHAI HARIMAU2 NEGARA KITA!!
harumkan nama NEGARA "MALAYSIA"



EJEKAN penyokong Indonesia jelas hanya memerangkap diri apabila skuad Harimau Muda memalit kecewa besar kepada lebih 100,000 penonton di Stadium Gelora Bung Karno dengan kemenangan 1-0 mengatasi Garuda, malam tadi.

Jaringan tunggal Syahrul Azwari Ibrahim pada minit ke-18 berjaya menutup mulut penyokong lawan dan sekali gus melonjakkan barisan didik Ong Kim Swee selaku juara Kumpulan A dan akan bertemu Myanmar, naib juara Kumpulan B dalam separuh akhir, esok.


100,000 PENONTON berjersi MERAH DARAH 
menjadi BISU!!





JERITAN “Malaysia Maling (pencuri)” oleh lebih 100,000 penonton di Stadium Gelora Bung Karno ketika lagu Negaraku berkumandang, tidak melemahkan semangat pemain bawah 23 negara untuk merakam kemenangan 1-0 ke atas Indonesia, malam tadi.

Kemenangan itu sekali gus melonjakkan pasukan kendalian Ong Kim Swee sebagai juara Kumpulan A dan meneruskan misi mempertahankan emas pada peringkat separuh akhir bertemu Myanmar, esok.

“Pemain menunjukkan watak mengagumkan malam ini (semalam). Tapi masih banyak perlu diperbaiki apabila kita menentang Myanmar dalam separuh akhir Sabtu ini. Bagi saya, setiap pasukan ke separuh akhir kuat dan harus waspada lagi,” kata Kim Swee.

Gol jaringan pemain lincah, Syahrul Azwari Ibrahim pada minit ke-17 berjaya menutup mulut lautan merah di Gelora Bung Karno - hanya selepas tiga minit dia masuk menggantikan Wan Zaharul Nizam Zakaria yang mengalami kecederaan.
Selepas rehat, barisan pemain muda Indonesia yang agak tertekan dengan harapan disandarkan penyokongnya, mula menggandakan asakan dan bermain lebih keras menyaksikan Baddrol Bakhtiar dan Syahrul Azwari menjadi sasaran.




Kim Swee yang cuba menyuarakan rasa tidak puas hati atas permainan Indonesia kepada pengadil, Fahad Al-Kassar dari Emiriyah Arab Bersatu, diarahkan keluar padang pada minit ke-67.


Pengendali negara yang memberi arahan menerusi walkie-talkie kepada pembantunya, Yong Wai Hwang berjaya mengekalkan tumpuan pemain mempertahankan kedudukan 1-0 kekal hingga wisel penama .




:
:
:


sama-sama lah kita mendoakan 
kejayaan cemerlang 
pasukan MALAYSIA menentang MYANMAR
pada 19 NOV 2011
PERINGKAT SEPARUH AKHIR
SUKAN SEA KE-26



sekian....


Author : nadiah Time : 11/16/2011 10:55:00 PM Comments : 0 Labels :

16 November 2011

SABAH paling ramai anak LUAR NIKAH??





Anak adalah anugerah Allah SWT, tempat kita meneruskan cita-cita dan garis keturunan.
Anak juga merupakan amanah, titipan harta yang paling berharga yang harus dijaga, dirawat dan dididik agar menjadi penyejuk hati.
:
:
:
Seramai 152,182 anak luar nikah atau anak tak sah taraf direkodkan antara tahun 2008 dan 2010, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie.
 
Katanya, statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan Sabah mencatatkan kelahiran anak tak sah taraf tertinggi iaitu 41,490 orang, diikuti Selangor (18,983), Sarawak (17,570), Johor (16,298) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (12,095). 
 
Beliau berkata, berdasarkan kerja kes yang dijalankan pegawai kebajikan masyarakat, antara punca yang menyumbang kepada kelahiran anak luar nikah termasuk pengaruh rakan sebaya, rela melakukan hubungan seks tanpa paksaan dan tidak mempunyai pengetahuan berhubung kesihatan reproduktif dan seksual.

“Punca lain adalah kurangnya perhatian ibu bapa, menonton video dan laman web lucah, kurang didikan agama, perasaan ingin mencuba dan diperkosa saudara sendiri,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Mohd Jidin Shafee (BN-Setiu) yang bertanya mengenai jumlah anak luar nikah yang direkodkan antara 2008 dan 2010 mengikut pecahan negeri, punca dan inisiatif kementerian untuk membendung gejala itu.

Seai Kie berkata, antara langkah diambil kementerian bagi membendung gejala itu:
 
  1. Menggubal Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) Kebangsaan pada 2009.
  2. Melancarkan kempen Kami Prihatin pada April 2010.
  3. Menjalin kerjasama strategik dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara bagi mengintegrasi PKRS bermula Julai lalu.
  4. Menubuhkan enam pusat remaja kafe@TEEN yang memberi maklumat berkaitan isu psikososial dan perkhidmatan Talian Nur 15999.

“Langkah ini diharap dapat membendung dan mengurangkan bilangan kes anak tak sah taraf, namun pembabitan dan komitmen semua pihak terutama ibu bapa dalam menangani isu ini amat diharapkan,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Mohd Jidin mengenai tindakan terhadap pesalah sehingga melahirkan anak luar nikah, Seai Kie berkata, pasangan beragama Islam boleh didenda tidak lebih RM5,000 dan penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah Persekutuan 1967, sementara tiada tindakan bagi pasangan bukan Islam.
“Bagi ibu yang melahirkan anak luar nikah di bawah 16 tahun (yang melakukan hubungan seksual) sama ada secara sukarela atau paksaan, mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dianggap sebagai jenayah rogol dan jika lelaki yang melakukan jenayah itu melebihi 18 tahun, dia boleh disabitkan hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun serta sebatan,” katanya.

:
:
:






sekian....





Author : nadiah Time : 11/15/2011 03:38:00 PM Comments : 0 Labels :

15 November 2011

MALAYSIA bolot EMAS & PERAK (3M papan anjal wanita)




Penerjun negara, Cheong Jun Hoong menggondol pingat emas acara 3 meter papan anjal individu wanita 
apabila mengumpul 310.70 mata pada temasya Sukan SEA di Pusat Akuatik Jakabaring.



Rakan sepasukan, Ng Yan Yee pula meraih pingat perak dalam acara yang sama dengan mengumpul 290.10 mata. 
:
:
:
Majulah sukan untuk 
NEGARA!


Jalan mudah mencari REZEKI di hutan!

tilam yg digunakan pelacur di dalam pondok

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Pak Uban mengambil jalan mudah untuk mencari rezeki pada usianya yang semakin senja apabila membina sebuah pusat pelacuran mini berhampiran lombong pasir.
 
Pusat maksiat beroperasi 24 jam di Batu 16, Jalan Kota Tinggi-Mersing itu mempunyai tiga pondok, dua daripadanya untuk pelacuran manakala satu lagi untuk pelanggan bersembang sementara menunggu giliran.

Pak Uban yang berusia 65 tahun menggajikan tiga wanita warga asing yang dijadikan pemuas nafsu seks pelanggan yang bukan saja terdiri daripada pekerja lombong terbabit, malah buruh ladang serta penduduk tempatan.

antara barang & wang yg dirampas drpd PAK UBAN..


Kegiatan haram di Hutan Simpan Panti itu berlarutan sejak lebih sebulan lalu dan sukar dikesan berikutan lokasinya yang tersembunyi dan berhampiran rumah kongsi pekerja.
 
:
:
:


rezeki itu datang daripada ALLAH...
gunakanlah sebaik mungkin kekuatan
diri kita untuk
mencari rezeki yg 
HALAL..


sekian....