Author : nadiah Time : 11/22/2011 11:19:00 AM Comments : 0 Labels :

22 November 2011

EMAS milik HARIMAU MUDA akhirnya !



sememangnye EMAS milik MALAYSIA!



tidak patah semangat meskipon diejek, dan sorakan drpd penonton
GARUDA yg bergema tidak mematahkan 
semangat HARIMAU MUDA ini..


Skuad bawah 23 tahun (B23) Malaysia bangkit daripada ketinggalan seawal minit kelima untuk membenam Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 pada perlawanan akhir acara bola sepak Sukan Sea 2011 yang panas dan mendebarkan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam tadi.

Sorakan dan provokasi yang dilaungkan lebih 100,000 penyokong fanatik skuad Garuda di stadium itu tidak sedikit pun melemahkan semangat anak buah jurulatih Ong Kim Swee, Kapten pasukan Malaysia.

Badrol Bakthiar menjadi wira Harimau Muda selepas menjaringkan sepakan penalti terakhir dalam perlawanan tersebut yang meremukkan hati berjuta-juta rakyat Indonesia.


 ><hanya sementara shje kegembiraan Gunawan Dwi Cahyo><


Meskipun ketinggalan seawal minit kelima menerusi tandukan pemain pertahanan Indonesia, Gunawan Dwi Cahyo, skuad Malaysia tidak berputus asa untuk memburu kemenangan.

Gol penyamaan Malaysia diperoleh pada minit ke-33 selepas pemain pertahanan Mohd Asraruddin Putra Omar bijak menanduk masuk hantaran Baddrol Bakhtiar.


>< tidak bertahan lama kegembiraan mereka ><


Bagaimanapun, kedudukan tersebut kekal sehingga 90 minit permainan sebenar, sekali gus memaksa pertemuan yang mendebarkan itu berlanjutan sehingga masa tamabahan.

Kejayaan manis di Jakarta malam tadi mengulangi pencapaian cemerlang skuad senior bimbingan Datuk K. Rajagobal yang menamatkan penantian selama 20 tahun ketika Malaysia menewaskan Vietnam 1-0 pada final acara bola sepak Sukan Sea 2009 di Vientiane, Laos.









VS


SANG GARUDA yg tewas dibaham SANG HARIMAU
yg gagah perkasa!


:
:
:

MALAYSIA BOLEH!!!

 

                           

No comments:

Post a Comment