Author : nadiah Time : 11/28/2011 01:31:00 AM Comments : 0 Labels :

28 November 2011

kekalahan skuad harimau muda dengan BAHRAIN beri pengajaran..



Pengedali skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee jelas kecewa selepas menyaksikan anak-anak buahnya kecundang pada 10 minit terakhir Kelayakan Olimpik Zon Asia kepada Bahrain.

Tiga gol dilepaskan itu membolehkan pelawat yang beraksi dengan 10 pemain memenangi perlawanan dengan keputusan 3-2 walaupun mendahului dua jaringan pada awalnya. 

“Saya tidak tahu bagaimana mahu cakap. Lima minit, semuanya berubah. Saya terpaksa menerima hakikat skuad ini tidak mempunyai ramai pemain tengah,” katanya. 



Tambahnya, barisan pemain muda negara kehilangan kawalan selepas penjaring gol pertama, Mohamad Nazmi Faiz Mansor dan rakannya di jentera tengah, Mohd Affize Faisal Mamat dikeluarkan kerana kecederaan.


“Lawan bergerak dengan selesa selepas ketiadaan mereka (bermula minit ke-60), kita hilang kawalan pada bahagian tengah. Manakala Irfan Fazail terpaksa menamatkan perlawanan walaupun mengalami kecederaan (sudah melakukan tiga pertukaran),” katanya.

:
:

apa yg MISS UNIVERSE nk simpulkan drpd artikel td tuu,.
semua tu djadikan pengajaran..
mungkin bukan rezeki kita MALAYSIA
untuk bertanding di OLIMPIK,
rezeki BAHRAIN
lebih banyak drpd kita..
DOA rakyat MALAYSIA
SENTIASA ADA buat barisan skuad
HARIMAU MUDA
kita untuk terus maju dan berusaha lebeyh di 
masa akan datang,,,

terima kasih nazmi faiz kerana 
menaikkan semangat pemain malaysia...




MALAYSIA BOLEYH!!




sekian....

No comments:

Post a Comment