Author : nadiah Time : 11/04/2011 05:02:00 PM Comments : 0 Labels :

04 November 2011

Hari Jumaat








JUMAAT? wahh,,penuh yer masjid2,..
surau2...
kaum ADAM berpusu-pusu menunaikan 
tanggungjawab sebagai UMAT ISLAM
yg taat pada perintahNYA..
petang nie..
MISS UNIVERSE 
ingin berbicara keistimewaan 
PENGHULU segala hari ini...
:
:
:
Menurut Imam Sayuti antaranya,
  • Semua roh-roh orang Islam pada hari itu akan berkumpul
  • Mayat-mayat akan terselamat dari seksaan kubur.
  • Sesiapa yang meninggal pada malam Jumaat atau pada siangnya maka ia akan terselamat dari seksaan kubur.
  • Api neraka tidak menyala.
  • Semua penduduk syurga akan menziarahi Allah Ta'ala.
  • Bersabda Rasulullah s.a.w., "Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi janabah kemudian pergi ke masjid pada saat yang pertama maka pahalanya seumpama ia berkorban seekor unta.  Sesiapa yang pergi ke masjid pada saat yang kedua, pahalanya seumpama ia berkorban seekor lembu.  Sesiapa yang keluar pada saat ketiga, pahalanya seumpama ia berkorban seekor biri-biri yang bertanduk.  Sesiapa yang keluar pada saat yang keempat, pahalanya seumpama ia berkorban seekor ayam betina.  Sesiapa yang keluar pada saat kelima, pahalanya seumpama ia bersedekah sebiji telur.  Apabila imam telah keluar untuk membaca khutbah dan para malaikat pun hadir sama untuk mendengarnya."

    :
    :
    :

    Kelebihan dalam HARI JUMAAT



    Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu 
    1)  Allah ciptakan Adam , 
    2)  Allah turunkan Nabi Adam  ke bumi,
    3) Allah mematikan Nabi Adam, 
    4)  Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram. 
    5)  Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
    ( Riwayat Hadis Muslim)
    Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).

    :
    :
    :
    Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W  mengutuskan  malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.
    Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
    Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
    “ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”
    :
    :
    :
    :
    APAKAH HUKUM SOLAT JUMAAT???

    Solat Jumaat adalah suatu kewajipan yang ditetapkan agama. Ia bukan sahaja dilakukan oleh Rasulullah s.a.w bahkan ia juga telah disebut di dalam Al-Qur’an.

    Jika seorang lelaki Islam tidak melakukannya, maka ia dianggap sebagai dosa besar. Malah, hukum menunaikan solat Jumaat lebih ditekankan dibandingkan dengan solat lima waktu oleh Rasulullah s.a.w yang telah bersabda bahawa mereka yang tidak melakukan solat Jumaat selama 3 kali berturut-turut bukanlah seorang Islam. 

    Disini Rasulullah bermaksud untuk menerangkan betapa pentingnya solat Jumaat dan betapa besarnya dosanya jika tidak melakukannya. Lelaki Islam yang tidak dapat menunaikannya haruslah menggantikannya dengan solat Zuhur. 

    Akan tetapi, ia hanya diterima jika ia kerana sebab-sebab berikut; jika terlalu sakit, jika terpaksa jaga orang yang sakit tenat, jika terdapat ribut taufan yang besar atau jika dalam keadaan bermusafir.

    :
    :
    :

    APAKAH KEUZURAN DARIPADA MENDIRIKAN SOLAT JUMAAT??

    Solat Jumaat adalah wajib bagi kaum lelaki. Bagi mereka yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut dengan sengaja, hati mereka akan ditutup oleh Allah s.w.t. 

    Keuzuran bagi meninggalkan solat Jumaat adalah sama seperti keuzuran yang diberikan bagi meninggalkan mana-mana ibadat wajib yang tidak mampu dilakukan. 

    Antaranya adalah pitam, gila, sakit terlantar sehingga tidak mampu bangun dan tiada yang dapat membawanya ke masjid. 

    Tugas yang terpaksa dilaksanakan yang mana ia menjaga keselamatan negara, tertahan (samada di penjara atau di tengah jalan) dan keadaan cuaca yang menghalang sama sekali pergi ke masjid.

    :
    :
    :

    APAKAH YANG HARUS DILAKUKAN LELAKI YG TIDAK DAPAT MENUNAIKAN ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU???

    Umat Islam perlu berusaha sedaya upaya agar dibenarkan melakukan solat, termasuk solat Jumaat. 

    Jika tugas menghalang, dan tugas tersebut penting dan genting bagi maslahat masyarakat, seperti polis, bomba dan sebagainya, atau maslahat keluarga yang ditanggungnya, maka ia tidak berdosa. 

    Dan perlu melakukan solat Zuhur, tetapi selepas orang selesai melakukan solat Jumaat, sebagai penghormatan kepada solat Jumaat tersebut.

    :
    :
    :


     KHUTBAH JUMAAT
    ...
    memberi keinsafan diri...

    khutbah mengenai kisah benar di bulan RAMADHAN

    HUKUM MENDENGAR KHUTBAH JUMAAT :

    Hukum mendengar khutbah Jumaat adalah sunat, oleh itu sah sembahyang Jumaat bagi yang tidak mendengarnya. Walaubagaimanapun, makmum digalakkan mendengar khutbah kerana ia merupakan kesempurnaan solat Jumaat.

    :
    :
    :

    HAYATI DIRI..
    salamat hari JUMAAT",


    sekian....

No comments:

Post a Comment