Author : nadiah Time : 10/31/2011 09:07:00 PM Comments : 0 Labels :

31 October 2011

Bila orang yg membuat FITNAH kalah di pengadilan di DUNIA.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...
Malam ini, Miss Universe telah menonton
BERITA DI TV3
terasa ringan tangan ini untuk membicara ttg 
satu ISU artis di Malaysia ini..
Masih ingat lg tak ttg kes saman menyaman 
artis TANAH AIR kita LISDAWATI dan NADIA MUSTAFAR?
:
:
baru hari ini selesai nya kes ini..
jom kita baca beberapa artikel ini
:
:
:



gembira,Lisdawati bersama surat penghakiman menang kes saman FITNAH.
:
:
“Ini harga yang dia harus bayar atas apa yang berlaku pada saya selama ini,” kata pelakon Lisdawati selepas menang

 kes saman fitnah terhadap pelakon Siti Naziyah Sheikh Mustafar atau Nadia Mustafar yang difailkan sejak awal 2005.

Merujuk surat Penghakiman Ingkar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bertarikh 29 Julai 2010 dan diterima Lisdawati 

pada 15 Disember lalu, Nadia diperintahkan membayarnya ganti rugi RM250,000 bersama faedah lapan peratus

setahun.

Lisdawati, 32, atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin sambil ditemani suami, Fauzi Nawawi mengadakan sidang media menjelaskan keputusan mahkamah itu semalam selepas Nadia tidak memberi maklum balas terhadap perintah dikeluarkan.

“Saya mahu mempertahankan maruah diri dan keputusan ini membuktikan apa yang dikatakannya ke atas saya dulu adalah fitnah,” katanya.

Menurutnya, fitnah terhadapnya itu berlaku penghujung 2003 dengan dakwaan kononnya dia meminjam sejumlah wang Nadia tanpa membayar semula dan mempunyai hubungan sulit dengan produser atau pengarah untuk mendapat tawaran berlakon.
Atas tekanan fitnah yang dihadapi selama setahun, Lisdawati mengambil tindakan mahkamah menerusi peguam, Karpal Singh.


“Fitnah ini menjejaskan maruah, pendapatan dan kepercayaan orang lain pada saya hingga ketika itu saya terpaksa 

ditamatkan kontrak awal sebagai duta satu jenama pakaian terkenal dan digugur selepas menjalani uji bakat berlakon.

“Selama ini saya berdiam diri tetapi dengan keputusan mahkamah ini saya perlu bersuara untuk membersihkan nama 

saya.


“Saya tidak pernah pinjam satu sen pun daripadanya. “Saya harap dia berjumpa dengan peguam saya untuk selesaikan

 perkara ini,” katanya.

Malah, Lisdawati menyatakan dia pernah melakukan ujian pengesahan dara sebanyak dua kali di hospital swasta untuk membuktikan dirinya menjadi mangsa fitnah.

“Saya menunjukkan surat doktor itu sebagai bukti kepada peguam saya. Sebelum memfailkan saman, saya terlebih

 dulu membuat laporan polis pada pertengahan 2004.

“Pada awal 2005, saya mengambil tindakan mahkamah selepas nama saya disebut menerusi media. Bukan saya yang

 meletakkan harga tuntutan ini tetapi peguam yang tentukan.

“Apapun, saya tidak mempunyai masalah dengannya dan apa yang saya lakukan adalah mahu mempertahankan 

maruah diri,” katanya.
:
:
:
:
sudah terang lg bersuluh yer
LISDAWATI tidak bersalah...
ta patot betol kn..
same2 umat Islam tp sanggop MEMAKAN DAGING
BANGSA SENDIRI..
jangan la kite hampiri dgn perbuatan memfitnah ni keyh..
drpd kite menfitnah org,
ape kata kita bukak buku,
meluangkan masa dengan perkara-perkara yg baik2 shje..
jangan la kite bersikap CEMBURU BUTA
dgn segala kelebihan yg org lain dpt..
BRU KT DUNIA dpt balasan,
BELUM LG KT AKHIRAT..
waallahualam ~ ~
:
:
INSAFI DIRI 
TALBIAH SIKAP",

                                           sekian.......


No comments:

Post a Comment