Author : nadiah Time : 10/31/2011 08:59:00 AM Comments : 0 Labels :

31 October 2011

T'NYATA LG T'BUKTI AYAT AL-QURAN M'BERI KETENANGAN JIWA.


selamat pagi bg semua blogger2 di atas bumi Allah ini..<3
semoga anda semua sentiase sihat
dan dirahmati ALLAH..
sebelom memulakan pembacaan blog Miss Universe ini
marila same2 kite menadah tgn,berdoa
sebgai seorg insan yg kerdil di bumi Allah ini
:
:
:
:
:
:
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM

Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat,

Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas,

Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal,

Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan,

Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista,

Dan kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu,

Amin, amin, rabbaal-alamin.....
:
:
subhanaallah...begitu besar nyer rahmat Allah jika 
kite menghargai segala rahmat yg diberikanNya
sudah tentu segala yg kite lakukan pada pagi ini
menjadi sesuatu kebaikan pada diri kita..
:
:
Selepas dugaan yg menimpa Miss Universe semalam
mendapat khidmat pesanan messages ringkas
dripada salah seorang pelajar perempuan yg sepatotnyer 
menjaga adab bertutur kata
telah bekata2 seperti wanita yg hilang kewarasan.
YA ALLAH,.
kite kalau nk berkata ttg org
kalau sekalipon nk menuduh org 
kite jgnla kn memaki hamun
menyumpah seranah
mcm tak siuman..
kita TALBIAH diri kita dahulu..baru kite tegur org len..
sgt2 memalukan bile seorang PELAJAR pulak tu 
yg tidak berpuas haty dgn entry yg dibuat oleh 
MISS UNIVERSE 
:
:
:
blogger2 di luar sana yg ta mengetahui kisah ini
boleh membaca archieve Miss Universe yg bertajuk 
"patot ker org seperti ini dijadikan SAHABAT?!"
entry tersebut mengisahkan kisah hidup Miss Universe
semasa menjadi seorg pelajar fom6 
mereka menyatakan miss universe takot untuk berhadapan dgn mereka
sedangkan mereka tidak tahu bermacam-macam perkara yg
telah byk menguris haty sepanjang
miss universe menjadi rakan stu bilik belajar,
bilik belajar yg sepatotnyer menjadi tempat
menyediakan persiapan pembelajaran pada esok
hari telah bertukar menjadi bilik untuk 
"MEMEKAK"
sehingga kn sahabat miss mahu belajar tidak boleyh menumpukan
perhatian,
malahan semenjak Miss universe keluar drpd asrama tersebut
sahabat miss universe tersebut
masih mengadu perkara yg sama...
ALLAH MOST TRULY
ALLAH MOST STRONGER
kite ta dapat balasan di dunia
di akhirat nanti 
kata2 yg keluar dari mulut itu
akan terikat di akhirat.
SY "MISS UNIVERSE" seorang blogger
bukan MISS UNIVERSE yg sebenar
telah mengampuni kate-kate 
nista mereka..
:
:
p/s : 'Miss Universe itu adalah nama samaran bagi SAYA pemilik blogger ini..
jangan salah faham keyh semua blogger-blogger..
disebabkan HEADER blog miss ini bermotifkan miss universe 
maka,segala penceritaan yg disampaikan di dalam blog miss ini 
menggunakan samaran MISS UNIVERSE,,
terima kasih di atas semua KEFAHAMAN anda <3 
:
:

Al-Hamdulillah..bersyukur selepas solat SUBUH
pagi td,,
Miss Universe telah membaca stu surah drpd al-Quran..
surah al-Waqiah..
Tenang hati sungguh apabila membaca bait2 ayat surah al-Waqiah ini..
sama-sama kita mengetahui kelebihan-kelebihan surah ini.
:
:
Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke-56 dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Surah yang diturunkan selepas Surah Taahaa ini dinamakan dengan Al-Waaqi’ah (Hari Kiamat), diambil dari perkataan Al-Waaqi’ah yang terdapat pada ayat pertama. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari kebangkitan.

Apa yang hebatnya surah Al-Waqiah ini, dengan amalan membacanya ia memberikan beberapa khasiat dan kelebihan tersendiri.

Sabda Rasulullah s.a.w: 

“Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

Sabda Rasulullah s.a.w: 

“Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: 
“Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

KENAPA YER DIBERI NAMA SURAH AL-WAQIAH??

Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.

Dalam surah ini,terkandung beberapa khasiat,antara lain adalah:

1)Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.

2)Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

3)Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.
:
:
:
SUBHANALLAH,,,sgt besar khasiat nyer kn...same2 la kite mengamalkan pembacaan 
surah al-Waqiah ini..
selain membantu kite dalam kesusahan,,
dapatlah juga kita membantu mereka di dalam kepayahan..
dan same2 la kite menyebarkan amalan jariah ini kepada semua..
INSYAALLAH
Allah akan membantu kita,,
aminn ya ALLAH..

No comments:

Post a Comment