Author : nadiah Time : 11/04/2011 05:02:00 PM Comments : 0 Labels :

04 November 2011

Hari Jumaat








JUMAAT? wahh,,penuh yer masjid2,..
surau2...
kaum ADAM berpusu-pusu menunaikan 
tanggungjawab sebagai UMAT ISLAM
yg taat pada perintahNYA..
petang nie..
MISS UNIVERSE 
ingin berbicara keistimewaan 
PENGHULU segala hari ini...
:
:
:
Menurut Imam Sayuti antaranya,
  • Semua roh-roh orang Islam pada hari itu akan berkumpul
  • Mayat-mayat akan terselamat dari seksaan kubur.
  • Sesiapa yang meninggal pada malam Jumaat atau pada siangnya maka ia akan terselamat dari seksaan kubur.
  • Api neraka tidak menyala.
  • Semua penduduk syurga akan menziarahi Allah Ta'ala.
  • Bersabda Rasulullah s.a.w., "Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi janabah kemudian pergi ke masjid pada saat yang pertama maka pahalanya seumpama ia berkorban seekor unta.  Sesiapa yang pergi ke masjid pada saat yang kedua, pahalanya seumpama ia berkorban seekor lembu.  Sesiapa yang keluar pada saat ketiga, pahalanya seumpama ia berkorban seekor biri-biri yang bertanduk.  Sesiapa yang keluar pada saat yang keempat, pahalanya seumpama ia berkorban seekor ayam betina.  Sesiapa yang keluar pada saat kelima, pahalanya seumpama ia bersedekah sebiji telur.  Apabila imam telah keluar untuk membaca khutbah dan para malaikat pun hadir sama untuk mendengarnya."

    :
    :
    :

    Kelebihan dalam HARI JUMAAT



    Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu 
    1)  Allah ciptakan Adam , 
    2)  Allah turunkan Nabi Adam  ke bumi,
    3) Allah mematikan Nabi Adam, 
    4)  Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram. 
    5)  Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
    ( Riwayat Hadis Muslim)
    Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).

    :
    :
    :
    Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W  mengutuskan  malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.
    Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
    Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
    “ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”
    :
    :
    :
    :
    APAKAH HUKUM SOLAT JUMAAT???

    Solat Jumaat adalah suatu kewajipan yang ditetapkan agama. Ia bukan sahaja dilakukan oleh Rasulullah s.a.w bahkan ia juga telah disebut di dalam Al-Qur’an.

    Jika seorang lelaki Islam tidak melakukannya, maka ia dianggap sebagai dosa besar. Malah, hukum menunaikan solat Jumaat lebih ditekankan dibandingkan dengan solat lima waktu oleh Rasulullah s.a.w yang telah bersabda bahawa mereka yang tidak melakukan solat Jumaat selama 3 kali berturut-turut bukanlah seorang Islam. 

    Disini Rasulullah bermaksud untuk menerangkan betapa pentingnya solat Jumaat dan betapa besarnya dosanya jika tidak melakukannya. Lelaki Islam yang tidak dapat menunaikannya haruslah menggantikannya dengan solat Zuhur. 

    Akan tetapi, ia hanya diterima jika ia kerana sebab-sebab berikut; jika terlalu sakit, jika terpaksa jaga orang yang sakit tenat, jika terdapat ribut taufan yang besar atau jika dalam keadaan bermusafir.

    :
    :
    :

    APAKAH KEUZURAN DARIPADA MENDIRIKAN SOLAT JUMAAT??

    Solat Jumaat adalah wajib bagi kaum lelaki. Bagi mereka yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut dengan sengaja, hati mereka akan ditutup oleh Allah s.w.t. 

    Keuzuran bagi meninggalkan solat Jumaat adalah sama seperti keuzuran yang diberikan bagi meninggalkan mana-mana ibadat wajib yang tidak mampu dilakukan. 

    Antaranya adalah pitam, gila, sakit terlantar sehingga tidak mampu bangun dan tiada yang dapat membawanya ke masjid. 

    Tugas yang terpaksa dilaksanakan yang mana ia menjaga keselamatan negara, tertahan (samada di penjara atau di tengah jalan) dan keadaan cuaca yang menghalang sama sekali pergi ke masjid.

    :
    :
    :

    APAKAH YANG HARUS DILAKUKAN LELAKI YG TIDAK DAPAT MENUNAIKAN ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU???

    Umat Islam perlu berusaha sedaya upaya agar dibenarkan melakukan solat, termasuk solat Jumaat. 

    Jika tugas menghalang, dan tugas tersebut penting dan genting bagi maslahat masyarakat, seperti polis, bomba dan sebagainya, atau maslahat keluarga yang ditanggungnya, maka ia tidak berdosa. 

    Dan perlu melakukan solat Zuhur, tetapi selepas orang selesai melakukan solat Jumaat, sebagai penghormatan kepada solat Jumaat tersebut.

    :
    :
    :


     KHUTBAH JUMAAT
    ...
    memberi keinsafan diri...

    khutbah mengenai kisah benar di bulan RAMADHAN

    HUKUM MENDENGAR KHUTBAH JUMAAT :

    Hukum mendengar khutbah Jumaat adalah sunat, oleh itu sah sembahyang Jumaat bagi yang tidak mendengarnya. Walaubagaimanapun, makmum digalakkan mendengar khutbah kerana ia merupakan kesempurnaan solat Jumaat.

    :
    :
    :

    HAYATI DIRI..
    salamat hari JUMAAT",


    sekian....

Author : nadiah Time : 11/02/2011 04:27:00 PM Comments : 0 Labels :

02 November 2011

Penafian SAIFUL APEK mengambil GANJA!



Betul ke tidak kita tidak pasti..
Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff atau nme komersial nya
SAIFUL APEK tidak mengaku mengambil dadah
jenis GANJA..

:
:
:

Selepas lebih setahun dia dan empat rakannya termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki mengambil dadah jenis ganja, pelakon komedi popular, Saiful Apek dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, bagi menghadapi pertuduhan mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Saiful Apek (kiri) didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, semalam.


Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 42, tampil berbaju dan seluar hitam bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada tiga anak itu dikesan mengambil dadah iaitu ganja di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan dekat sini, pada jam 11 malam, 12 Jun tahun lalu.

Saiful dituduh mengikut Seksyen 15(1) (a) ADB 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika disabit kesalahan.

Tiga rakannya, iaitu pengurus Gitu-Gitu Production Sdn Bhd, Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28 dan dua pekerja sambilan kru produksi itu, Shaiful Baharom, 24, serta Noremy Mohamad, 28, turut didakwa atas kesalahan sama, namun semuanya minta dibicarakan.

:
:
:

Pengharaman dadah ini seharusnya dilihat dalam ruang lingkup yang lebih luas. Dadah diharamkan bukan pada zat bahan (dadah) itu sendiri tetapi ia diharamkan kerana kemudharatan yang timbul akibat penyalahgunaannya, diambil dalam kuantiti yang terlalu banyak dan tanpa kawalan.

Dalam konteks dadah sebagai bahan perubatan atau dijadikan sebagai ubat untuk merawat penyakit, perlu difahami, Allah s.w.t. telah menegaskan bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya, kecuali mati. 

Kita sebagai manusia harus berikhtiar untuk merawat penyakit melalui kaedah atau cara yang dibenarkan oleh hukum syara’, termasuklah dalam kaedah penggunaan ubat- ubatan.Kandungan ubat-ubatan itu pula hendaklah daripada bahan yang bukan najis, tidak memudharatkan sekiranya diambil kuantiti yang sedikit, dikawal atau diselia oleh doktor pakar (sebaiknya beragama Islam) serta tidak mendatangkan risiko atau kompilasi penyakit yang lain. 

Penggunaan dadah dalam perubatan atau ubat untuk merawat penyakit adalah tertakluk kepada perkara yang telah saya nyatakan tadi secara umum Sila rujuk : Mufti Selangor Juga boleh rujuk :Penggunaan Dadah Jenis Methadone-JAKIM WaLlahua'lam


sekian....

Salah siapa??kaum Hawa/Adam..

Kenapa zaman kini masih lagi terdapat
kaum Adam yg berminat terhadap pasangan sejenis mereka???
siapakah yg harus dipersalahkan...
Adakah kaum Hawa kurang memberi kasih sayang terhadap mereka?
or Adakah mereka mempunyai masa silam yg mempunyai titik hitam dlm hidup mereka?
semakin ramai kaum Hawa menuntut penceraian..

Liza,29 mendirikan rumahtangga sejak 7 thun yg lalu.
dikurniakan 2 anak..
namun suami yg disanjungi itu 
berubah menjadi panas baran..
sama-sama kita hayati kisah ini..
:
:
:
:



“Selepas hampir tujuh tahun berkahwin dan dikurniakan dua anak, saya langsung tidak menyangka akan berdepan badai yang amat dahsyat apabila suami berubah cinta dengan menyintai kaum sejenisnya.


“Hati isteri mana yang tak remuk kerana suami yang disanjung rupa-rupanya gay,” rintih isteri yang hanya mahu dikenali sebagai Liza.

Ibu berusia 29 tahun itu berkata, pada mulanya dia mengesyaki suaminya yang berusia 30-an menjalin hubungan sulit dengan perempuan lain selepas mengesan beberapa petanda mencurigakan.

“Suami saya seorang yang lembut, begitu juga dengan tingkah laku dia, tetapi saya tak sangka sampai ke tahap dia melakukan hubungan songsang dengan kaum sejenisnya,” katanya yang juga kakitangan sebuah hospital swasta di ibu kota.

Liza berkata, perkahwinannya dengan suami diatur keluarga, namun dia mencintai dengan sepenuh hati lebih-lebih lagi selepas mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki berusia enam dan tiga tahun.

Menurutnya, perubahan sikap suaminya mula dikesan Mac lalu apabila sering marah tanpa sebab munasabah, panas baran dan sering memaki-hamunnya.
Liza semakin curiga apabila menemui kondom di bawah pelapik kaki di dalam kereta, namun apabila ditanya, suaminya memberi alasan ia milik rakan.

“Selepas kejadian itu, saya nekad untuk mengintip setiap perlakuan suami. Pada Ogos lalu, saya membohongi suami kononnya terpaksa bekerja sehingga lewat petang, padahal saya sengaja ingin memerangkapnya.

“Tanpa diketahuinya, saya pulang awal ke rumah dan sejurus tiba saya nampak ada lelaki lain yang tidak berbaju bersama suami di dalam bilik tidur kami. “Apabila saya masuk ke rumah secara mengejut, muka suami pucat dan menggelabah, namun masih cuba berselindung dengan memberi alasan lelaki itu rakannya yang datang ke rumah untuk berehat,” katanya.

Selepas kejadian itu, perasaan Liza semakin kuat mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena terutama apabila membaca SMS berunsur lucah di dalam telefon bimbit milik suami dan perbualan di laman sosial facebook suaminya juga ada banyak perkataan lucah.

BUKTI...Liza menunjukkan cetakan dari laman sosial facebook berhubung hubungan luar tabii suaminya.

“Saya juga menemui e-mel berunsur lucah selain gambar bogel lelaki dan perempuan. Lebih mengejutkan, semua gambar dan e-mel lucah yang diterima suami datangnya daripada lelaki.

“Saya sungguh sedih, lebih-lebih lagi bila terbaca perbualan kotor suami saya dengan pasangan gaynya,” katanya.

Bagi mengatasi masalah dihadapinya, Liza mendapatkan nasihat daripada jabatan kaunseling di tempat kerjanya dan dia dinasihatkan banyak berdoa serta melakukan solat hajat supaya suaminya diberi petunjuk oleh Allah.

“Saya nampak ada perubahan pada sikap suami. Dia tidak lagi panas baran, tetapi saya tetap kecewa kerana perasaan suami terhadap pasangan songsangnya yang dia panggil ‘adik’ masih tidak berubah.

“Malah, suami saya mengaku dia melakukan hubungan sejenis dengan ramai lelaki dan memberi alasan pengalaman diliwat ketika zaman sekolah menengah menyebabkan dia jadi begitu,” katanya.

Berikutan itu, Liza meminta suaminya menjalani ujian mengesan virus HIV kerana bimbangkan risiko dijangkiti penyakit kelamin itu.

“Alhamdulillah, keputusannya negatif, tetapi saya tetap berasa tidak tenang kerana suami kini kembali kepada perangai lamanya selepas saya terbaca mesej lucah di telefon bimbitnya.

“Saya sayangkan keluarga, tidak mahu bercerai, tetapi saya keliru dengan keadaan ini,” katanya.

:
:
:
:
apa yg dpt disimpulkan,.
dunia semakin dekat dgn Kiamat...
sama seperti ape yg berlaku semasa zaman nabi2 
terdahulu..
SUBHANALLAH....


sekian.....

"Skuad Terengganu TIDAK DAPAT GANJARAN"

Pada ptg yg mendung nie,.
Miss Universe hendak bercerita sedikit ttg 
bahang PIALA MALAYSIA yg da berlalu Sabtu lalu..


pemain dan pegawai skuad Terengganu bergambar kenangan menjelang 


final Piala Malaysia.

“TIDAK ada ganjaran sama ada bonus atau insentif lain daripada kerajaan negeri,” kata Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang bagaikan kecewa dengan kegagalan skuad Penyu menjulang Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu.

Ahmad yang juga peminat setia bola sepak berkata, kejayaan Terengganu menempah tiket ke final dianggap sebagai kejayaan besar dan ia sememangnya patut diberi imbuhan.

“Tetapi ia bukan daripada kerajaan negeri, terpulang pada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) untuk menguruskannya kerana mereka juga dapat habuan (kutipan jualan tiket) daripada perlawanan itu,” katanya ketika ditemui selepas majlis Perasmian Perarakan Bot Berhias sempena Program Sukan Rakyat Mega Dewan Undangan Negeri (Dun) Teluk Pasu di Pengkalan Perahu Jeram, Sungai Nerus, Kuala Terengganu, kelmarin.

Mengulas keputusan Irfan Bakti Abu Salim mengundur diri daripada menjadi jurulatih Terengganu, Ahmad akui terkejut kerana tidak menyangka keputusan itu dibuat selepas kecemerlangannya membawa skuad Penyu ke pentas akhir Piala Malaysia 2011.

Beliau secara jujur berpuas hati dengan khidmat diberikan Irfan Bakti berdasarkan beberapa rekod kejayaannya menjulang nama Terengganu sebagai sebuah pasukan bola sepak digeruni di negara ini. Ahmad berkata, beliau akan menghubungi PBSNT untuk mengetahui punca sebenar jurulatih itu menarik diri daripada terus mengendalikan skuad Penyu untuk bersama Selangor musim depan.

Katanya, sebelum ini, PBSNT memaklumkan akan menyambung kontrak Irfan Bakti dua musim lagi.

“Kita tidak tahu apa berlaku dan saya tidak mendapat maklumat jelas mengenai perkara itu, saya akan tanya pengurusan PBSNT nanti.

“Biarpun saya bukan jawatankuasa PBSNT, sebagai pemerhati perkembangan bola sepak negeri saya berharap Irfan Bakti menilai semula keputusan dan kekal bersama kita,” katanya.

:
:
:
Maju la sukan untuk NEGARA",

sekian....