Author : nadiah Time : 11/15/2011 03:17:00 PM Comments : 0 Labels :

15 November 2011

Jalan mudah mencari REZEKI di hutan!

tilam yg digunakan pelacur di dalam pondok

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Pak Uban mengambil jalan mudah untuk mencari rezeki pada usianya yang semakin senja apabila membina sebuah pusat pelacuran mini berhampiran lombong pasir.
 
Pusat maksiat beroperasi 24 jam di Batu 16, Jalan Kota Tinggi-Mersing itu mempunyai tiga pondok, dua daripadanya untuk pelacuran manakala satu lagi untuk pelanggan bersembang sementara menunggu giliran.

Pak Uban yang berusia 65 tahun menggajikan tiga wanita warga asing yang dijadikan pemuas nafsu seks pelanggan yang bukan saja terdiri daripada pekerja lombong terbabit, malah buruh ladang serta penduduk tempatan.

antara barang & wang yg dirampas drpd PAK UBAN..


Kegiatan haram di Hutan Simpan Panti itu berlarutan sejak lebih sebulan lalu dan sukar dikesan berikutan lokasinya yang tersembunyi dan berhampiran rumah kongsi pekerja.
 
:
:
:


rezeki itu datang daripada ALLAH...
gunakanlah sebaik mungkin kekuatan
diri kita untuk
mencari rezeki yg 
HALAL..


sekian....
 


Pertempuran BOLA SEPAK SUKAN Sea ke-26: MALAYSIA vs INDONESIA di TV3




hy!!..miss universe ingin memberitahu
kepada semua peminat BOLA SEPAK
tanah air kita..
sama2 la kita menyaksikan
pertempuran antara 
2 negara ini
pada 17 NOV 2011















VS






**UNTUK PENGETAHUAN semua...
siaran langsung di TV3 
 




 
AKAN
MEMPERCEPATKAN masa 
bagi
SLOT AKASIA
 





 
tayangan bagi SLOT AKASIA





pada jam 6.30p.m hingga 7.30p.m
bagi mengizinkan
laluan bagi SIARAN LANGSUNG
bola sepak 
antara negara
MALAYSIA & INDONESIA
:
:
:
:

semua peminat SLOT AKASIA
diharap tak ketinggalan ok...


majulah sukan untuk negara!
MALAYSIA BOLEH!!




 
 
 

 sekian....












 
 
 










Author : nadiah Time : 11/14/2011 04:35:00 PM Comments : 0 Labels :

14 November 2011

Nyaris-nyaris diculik LELAKI Kemboja!


 
 
petang nie..Miss nk berstory sdikit bout 
sorg kanak2 yg cukup2
bernaseb baik...
jom bace ><
 
BUDAK 6 tahun cuba diterkam SUSPEK ketika berjalan bersama IBUnya
:
:
:


Jeritan seorang ibu memanggil anak perempuannya berusia enam tahun, menyelamatkan kanak-kanak itu daripada diculik seorang lelaki warga Kemboja ketika mereka sedang berjalan selepas menikmati makan malam di sebuah restoran di Taman Melati Utama.

Suspek berjaya diberkas bapa mangsa yang mengekori lelaki itu lebih dua kilometer dari tempat kejadian di kawasan letak kereta berhampiran restoran itu, termasuk mempertaruhkan nyawa melintas Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2). 
Dalam kejadian jam 8.40 malam itu, Nurfarihah Saifuddin, sedang berjalan bersama ibunya, Rohani Abd Raof, 37, ke kenderaan mereka sebelum tiba-tiba suspek menghulur kedua-dua tangan dan cuba menerkam mangsa menyebabkan wanita berkenaan menjerit memanggil anaknya. 
Menceritakan kejadian itu, Rohani berkata, suspek yang terkejut cuba melarikan diri sebelum beliau segera memegang tangan Nurfarihah dan memberitahu perkara berkenaan kepada suaminya, Saifuddin Abu Samah, 37, yang menunggu dalam kenderaan kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.

“Saya terkejut dengan tindakan suspek cuba menerkam Nurfarihah. Saya segera memberitahu suami berhubung perkara itu sebelum beliau cuba mencari lelaki terbabit dengan memandu kenderaan sekitar deretan rumah kedai di situ,” katanya yang masih trauma ketika ditemui di rumahnya di Taman Bunga Raya.

Saifuddin pula berkata, selepas tiga kali berpusing di deretan rumah kedai berkenaan, beliau terserempak suspek yang bersendirian di Petronas tidak jauh dari
lokasi kejadian dan terus mengekorinya ke sebuah lagi stesen minyak sebelum lelaki terbabit melintas MRR2 dan berjalan di tepi laluan arah Hulu Klang. Katanya, beliau kemudian meninggalkan kenderaannya di stesen minyak terbabit sebelum nekad untuk turut melintas lebuh raya berkenaan bagi mengekori suspek dan pada masa sama menghubungi polis.

“Sebaik suspek tiba di bawah jambatan berdekatan flet blok F Taman Melati, beberapa anggota polis tiba dan menahannya sebelum dibawa ke balai polis,” katanya.

Saifuddin berkata, kejadian hampir menimpa anaknya mengingatkan beliau dengan kisah pembunuhan kejam Nurin Jazlin Jazimin kerana pernah bersama-sama bapa kanak-kanak malang itu, Jazimin Abdul Jalil, mencari mangsa kerana mereka berdua adalah rakan sekolah sekitar 1980-an.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek berusia 33 tahun itu dan siasatan mendapati tiada sentuhan fizikal oleh lelaki terbabit terhadap kanak-kanak berkenaan kerana sempat melarikan diri selepas mendengar jeritan ibu mangsa.

“Polis sedang menjalankan siasatan kemungkinan suspek bertujuan menculik atau mempunyai motif lain ke atas kanak-kanak itu. Pada masa sama ibu bapa dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap keselamatan anak-anak,” katanya.


:
:
:

awasi anak-anak ANDA!




Terjun beri pingat emas ke -10 !







Gandingan penerjun veteran, Yeoh Ken Nee-Bryan Nickson Lomas menghadiahkan pingat emas ke-10 kontinjen Malaysia pada Sukan SEA XXVI Indonesia di Pusat Akuatik Jakabaring, Palembang sebentar tadi. 
Ken Nee-Bryan memenangi acara 3 meter papan anjal berirama lelaki untuk menghasilkan emas kedua menerusi sukan terjun selepas pingat emas turut disumbangkan Leong Mun Yee-Wendy Ng Yan Yee dalam disiplin yang sama semalam.

:
:
:
sekian....